Di bawah Bajet Negeri Sembilan 2024, bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani”, Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk melanjutkan inisiatif TUNS Plus untuk tahun keempat berturut-turut. Inisiatif ini bertujuan untuk memantapkan lagi sektor keusahawanan di negeri ini.
TUNS Plus menawarkan pembiayaan pinjaman yang boleh diakses, tanpa faedah, sehingga RM15,000, khusus untuk Usahawan Mikro di Negeri Sembilan. Objektif utama di sebalik TUNS Plus adalah untuk memudahkan dan menggalakkan aktiviti perniagaan dengan menyediakan akses yang lebih mudah dan fleksibel kepada pilihan pembiayaan.
Syarat Pemohonan
- Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi di Negeri Sembilan.
- Perniagaan telah berdaftar dengan SSM sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Berstatus mikro dengan jualan kurang daipada RM300,000 setahun.
- Berumur 21-55 tahun.
- Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
- Beroperasi di pemis/tapak perniagaan dan mempunyai lesen/permit PBT.
- Akaun perniagaan yang sah dan aktif (minimum 6 bulan).
- Tidak berstatus muflis.
- Laporan kredit CTOS Score perlu dilampirkan semasa memohon.
- Tidak pernah menerima TUNS Plus.
Dokumen yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan (berwarna)
- Gambar berukuran passport
- Sijil & Business/Company Profil SSM
- Lesen/permit perniagaan
- Penyata bank (6 bulan)
- Laporan kredit CTOS Score
- Gambar Perniagaan
- Geran & surat kebenaran
- Perjanjian sewa premis
- Borang pengesahan menjalankan perniagaan
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan di atas talian di https://tuns.my/2024_plus/index.php