Seperti yang dihebahkan sebelum ini, penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan tidak berpencen bakal mendapat insentif pada tahun 2024 masing-masing sebanyak 2000 & 1000.
Menurut ucapan yang dibentangkan pada 13 oktober 2023 melalui pembentangan bajet tahunan negara. Bayaran tersebut akan mula dibayar.
Bayaran ini akan disalurkan secara serentak menjelang 23 Februari 2024, dimana bonus ini merupakan bayaran insentif awal (BIA) kajian sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA) 2024.
Siapa Yang Layak Bonus Penjawat Awam 2024 (BIA) kajian (SSPA)?
- Penjawat Awam Gred 56 dan kebawah – RM2000
- Penjawat Awam Persekutuan Gred Jawatan Utama/Khas – RM1000
- Personel MySTEP 6 Bulan Keatas
- Guru Interim
- Pemandu Dilantik oleh Jawatan Utama B dan Keatas / Pegawai Gred A dan Keatas.
- Pemandu Dilantik Oleh Anggota Pentadbiran & Hakim
- Pesara Kerajaan – RM1000
- Pesara Dilantik Semula Secara Tetap – RM2000
- Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Yang Meninggal Dunia Pada 23 Februari 2024 – RM2000
**Dikecualikan Cukai Selaras Subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967
Maklumat lebih lanjut berkaitan pekeliling bonus 2024 atau surat edaran boleh rujuk jpa.800-3/2/4(39).pdf
Untuk dapatkan kemaskini secara terus berkaitan info belanjawan 2024 dan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan berikut ini Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.
16 Comments
kenapa bekas atm sambung kerja pejawat awam diberi bonus rm1000 bukan rm2000 seperti pejawat awam yang lain.
bonus yang diberi vetaran adalah sagu hati semasa berkhidmat didalam atm dahulu.
adakah pesara veteran tidak berpencen yang masih berkhidmat didalam pejawat awam tidak dapat bonus rm2000 seperti diumu oleh pmx.
Salam Pertanyaan bila ia masuk dlm akaun yg 1k ini, Tq
Pada 23 Feb 2024
bagaimana dengan lantikan personel mystep19 yang baru dilantik pada tahun 2024, dan tidak pernah berkhidmat/bekerja sebelum ini. adakah layak atau tidak ? untuk pengetahuan, saya selaku wakil personel mystep19 lantikan pada 15 january 2024 ingin bertanya bagaimana dengan kami yang tidak dibayar gaji januari, tiada pemberitahuan rasmi samada gaji dibayar atau tidak. sekurang-kurangnya bagi lah peluang untuk kami terima bonus pada tahun ini juga, disebabkan gaji january tidak dibayak saya terpaksa dikeluarkan dari bilik sewa dan di blacklist kerana tidak membayar bulanan saya kepada JCL, hal ini terjadi kerana gaji saya tidak dibayar. setelah masalah yang saya hadapi, barulah pihak kewangan memberitahu bahawa gaji tidak dibayar itupun pertengahan bulan baru ada pemberitahuan. jadi sekurang-kurangnya kami personel mystep19 lantikan 2024 diberikan kesempatan untuk menerima bonus penjawat awam ini. sekian terima kasih.
I Like..Alhamdulillah
Saya blh dpt bantuan yg Ni ke?
Saya blh dpt yg bantuan Ni ke?
Unit beruniform seperti Rela dan Apm tidak dapat bantuan ka
Sy berkhidmat dlm atm 19thn,x berpencen,bantuan bonos tu mcm sy layak juga ke dpd.
Kenapa sampai sekarang saya masih belum terima bonus rm1000..
Saya bekas anggota tentera tidak berpencen . adakah saya layak trima insentif ini .servis hanya 3 tahun
Saya Masih belum lagi menerima sumbangan bonus Rm 1000 untuk perajurit tidak berpencen.sebelum ini tiada masalah tentang one off nie..
Bonos sy bila nak dapat
Napa bonos sy tak dapat lagi ada masalahka
Bantuan
Saya belum dapat 1000. Kenapa