Pembayaran bulanan Mykasih sebanyak RM100 per bulan bertujuan membantu orang ramai terutama golongan berpendapatan rendah serta fakir miskin termasuk semua kategori seperti berkeluarga, warga emas dan bujang.
Bagaimana cara menyemak nama penerima Mykasih RM100 setiap bulan? Sila ikut arahan selanjutnya di sini.
APA ITU BANTUAN MYKASIH
Bantuan Mykasih ialah bantuan yang dimasukkan ke dalam kad pengenalan penerima yang layak secara kredit melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membeli keperluan asas menggunakan kad pengenalan di kedai terpilih di seluruh Malaysia. Ianya sangat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan seperti kita semua.
BILA MYKASIH RM100 AKAN DISALURKAN?
Penerima akan menerima kredit bulanan RM100 melalui MyKad untuk membeli keperluan asas terpilih selama setahun. Pembayaran pertama akan dibuat mulai 22 Januari 2024, manakala bayaran seterusnya akan dikreditkan ke akaun MyKad penerima pada 1hb setiap bulan bermula dari Februari 2024, sehingga pembayaran terakhir pada 1 Disember 2024 Pembayaran.
ADAKAH PROJEK MYKASIH INI MEMBANTU?
Ya! Ianya sangat membantu dimana penerima boleh membeli keperluan asas dalam 13 kategori produk yang diluluskan, termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan bekalan sekolah.
DIMANA ANDA BOLEH GUNAKAN MYKASIH
Penerima yang layak akan menerima maklumat mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih 600 rakan kongsi runcit di seluruh negara, termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya bebas dan pasar mini.
CARA SEMAK NAMA PENERIMA MYKASIH
Sila semak bantuan bulanan MyKasih RM100 di portal rasmi MyKasih seperti berikut:
Pautan portal rasmi MYKASIH
https://www.mykasih.com.my/
Sila klik pada pautan portal rasmi Mykasih di atas.
Pada laman utama MyKasih, sila klik [Semak Status].
Anda akan dibawa ke bahagian “Semak Status”.
Masukkan nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh: 83XXXXXXXXXX
Tekan butang [Semak Status].
Status anda akan dipaparkan.
Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dari portal rasmi MyKasih. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:
Talian Bantuan MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Emel: [email protected]
laman web: https://www.mykasih.com.my/contact-us/
6 Comments
Saya tiada krj Saya perlu bantuan ini
Terbaik kepada rakyat yang termiskin.
Saya berpencen Rm 1180.00 dapat kah menerima Bantuan Rm 100. Jikalau dapat MCM mana hendak memohon
Macam mana nak buat permohonan SARA ni. Saya tak bekerja dan tiada pencen …
saya penerima pencen rm440 .00 sebulan layak ke menerima bantua rm300 sebulan SARA
Macam mana nak buat kemaskini str bantuan rakyat dah PON masuk fasa ke 2, saya masih lg bl9m dapat apa pon..