Semua majikan di negara ini wajib membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kadar semasa dibawah Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991.
Sebanyak 11% perlu dicarum oleh pekerja, manakala 13% dicarum oleh majikan.
Namun, ada pekerja yang bernasib malang apabila ditipu majikan yang enggan melakukan caruman seperti yang dijanjikan.
Majikan tersebut boleh didakwa dan anda boleh mendapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya diperolehi.
Situasi aduan caruman KWSP oleh pekerja yang ditindas
- Majikan tidak mencarum bagi pihak anda
- Majikan memotong gaji anda tetapi tidak mencarum bagi pihak anda
- Caruman yang dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan
- Caruman yang dibayar oleh majikan tidak mengikut tempoh bulan yang betul
- Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.
Bagaimana mahu buat aduan?
- Buat laporan polis
- Buat aduan ke KWSP. Bawa salinan laporan polis, slip gaji, surat perlantikan dan dokumen sokongan.
Senarai dokumen yang perlu dibawa ke KWSP
- Borang Aduan (KWSP 1879): http://bit.ly/KWSP/BorangAduan
- Salinan Kontrak Perkhidmatan /Surat Perlantikan
- Salinan Slip Gaji
- Lain-lain dokumen yang membuktikan hubungan majikan dan pekerja.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh kunjungi cawangan KWSP berhampiran atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.
Untuk dapatkan kemaskini harian berkaitan bantuan anda boleh join group whatsapp kami di pautan ini Info Bantuan Malaysia, group ini terhad sahaja disebabkan whatsapps ada kuota limit members.